Sunday, 10 February 2013

Enset Terbasuh sekali !!

Rumah JB,Hari ini. 11-FEB-2013.. Malam tu, FC keliru memilih baju n seluar yg hendak dibasuh.. Almaklumlah, mase ni, FC baru balik dari POLITEKNIK Muadzam Shah.. Cuti 4 Hari.. hmm,, Setelah habis memilih, FC longgokkan baju2x tersebut pd Satu tmpat.. Malam tu jugak, Hujan Lebat kat Sini.. Hujan2x basuh baju kan..  ape la.. xpa2x. FC masukkan je baju2x tersebut kat dalam mechine Basuh,, letak Air paras2x baju, n letak sabun bnyak2x.. Malam tu(mlm raya Cina), FC tercari2x gak Nset.. biasa, nk tidur, Nset mesty kat sebelah.. mybe, da pnad sangat, tertidur pulak.. heeeee..


Esok paginya, Pukul 8 kak sarah nk ajak temankan dia gi KLINIK cek baby ni.. hurmm, dalam pukul 10, lepas Sarap semua, FC nk Spin kan baju2x mlm xdi, dalam Tengah2x nak bilas baju ni, tangan FC da Celup --> baju -->celup --> baju --> celup --> skali rasa mcm Nset FC ni.. warhhhhhhh...

Memang Terbaek la !! Jahanam Nset FC.. Hanya tinggal Sim Card dan Memory Card je.. tu pun, FC x cek lagi.. warhhhhhh !!! #sapa2x nk CONTECT fc, hnya di FB je jew yew..   :'(
tengok la pix2x ni.. hurmmm.. Sekian..





Saturday, 9 February 2013

Amalan Harian Rasulullah S.A.W & Kelebihan Berselawat


Amalan Harian Rasulullah S.A.W & Kelebihan Berselawat
Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak. Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk mencari kelemahan dan kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir zaman,walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad saw lantaran adanya internet sebgai perantaraan.
Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad saw. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.
§  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
§  Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
§  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
§  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
§  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
§  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
§  Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
§  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
§  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
§  Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
§  Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
§  Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
§  Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
§  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
§  Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
§  Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
§  Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
§  Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
§  Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§  Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
§  Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
§  Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
§  Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
§  Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
§  Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
§  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
§  Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
§  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
§  Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
§  Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
§  Silangkan kaki jika tidur di masjid.
§  Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
§  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
§  Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
§  Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
§  Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§  Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
§  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
§  Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
§  Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
§  Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
§  Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
§  Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
§  Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
§  Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
§  Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
§  Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
§  Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
§  Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
§  Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
§  Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
§  Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Friday, 25 January 2013

Antara Kisah Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W




Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu.

Kemudian dia bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan mendapat harta yang banyak. “Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya,” kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah.

Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan pada tubuh Muhammad.

Thursday, 24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah


Assalamualaikum.. 24/1/2013. Hari ini FC nk cerite tentang Sambutan Maulidur Rasul di Daerah Rompin Pahang. Dimana, Banner/Sepanduk yang warne oren ni Terpilih untuk mewakili KPT POLITEKNIK MUADZAM SHAH.. Walaupun, Rakan2x Sekelas FC ramai da balik ke Rumah masing2x, Tapi. Jihad kami xpernah putus untuk terus berada di POLITEKNIK..<--- strike="">Jimat duit(PTPTN xdpt lg)..

Mase ni,  mase baru sampai di Tapak berkumpul dimana aku yg jd tukang 'snap' gambar.. huk3x.
hah ! nie la sekumpulan kecik geng FC yg ikut pergi Berarak ptg xdi.. hehe..yang paling puteh skali dak bull..

huh !! nie la kan semangat sebahagian kami yg lebih kurang 30 org.. Bangge tak kelas DIP1S1? yg Menjuarai pertandingan membina "banner".. heeee,hmmm....Bahagian POLITEKNIK mungkin Mengambil Hak Cipta Terpelihara Design Kita coz, Bahan Bukti Poli mengadakan Majlis Berarak di Pekan..
sobssbos :'(   (^_-)
Sampai disini saja la k.. Sekian. ^_^'

KISAH KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W


KISAH KELAHIRAN RASULULLAH

Rasulullah SAW namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Abdul Muthalib ini sebelum ada anak-anak, dia pernah bernazar kepada Tuhan kalau dia dapat 10 anak lelaki dia akan sembelih seorang. Setelah berbelas belas tahun berkahwin dapat 10 anak lelaki diantaranya Abu Lahab, Saidina Hamzah, Abu Thalib dan lain-lain. Tetapi yang bungsunya Abdullah.
Jadi bila dapat 10 anak lelaki dia pun teringat nazarnya, dia hendak tunaikan nazarnya, hendak sembelih seorang. Bila hendak sembelih, yang mana satu, semuanya anak-anak dia. Dia mengadukan hal ini kepada seorang ahli nujum di zaman itu, macam mana nak buat? Ahli nujum bagi tahu dia, buat undi. Siapa yang kena, itulah yang disembelih. Cara orang Arab ini, walau hidup di zaman jahiliah, janji dipatuhi. Janji itu Abdul Muthalib terpaksa patuhi.
Setelah menerima nasihat dari ahli nujum, dia buat undian di kalangan anak-anaknya. Bila diundi kena pada Abdullah, sedangkan ia anak yang paling disayangi, anak bongsu. Kemudian dia pergi tanya lagi pada ahli nujum. Ahli nujum suruh undi lagi. Maka Abdul Muthalib buat undian kedua, tapi kena pada Abdullah juga. Mengadu lagi, diundi lagi kena Abdullah lagi. Dia buat undian kali ke 9, kali ke 10 masih kena Abdullah. Mengadu lagi dia kepada ahli nujum, undian saya mengena pada anak yang paling saya sayang, yang paling cantik. Ahli nujum jawab, kalau begitu engkau sembelih saja 100 unta untuk mengganti Abdullah. Akhirnya Abdullah selamat.
Demi mengingati peristiwa ini, sebab tu bila Rasulullah SAW menjadi Rasul, salah satu syariat Rasulullah SAW iaitu siapa membunuh orang, tebusannya sembelih 100 unta. Jadi ada syariat dalam jahiliah yang dikekalkan oleh Tuhan, diantaranya siapa yang buat dosa bunuh orang, dia kena tebus dengan menyembelih 100 unta. Kekal sampai hari ini.
Selamatlah Abdullah daripada disembelih. Diantara 10 anak lelaki ni Abdullahlah yang paling disayangi bapanya Abdul muthalib. Tapi oleh kerana Abdullah ini hendak melahirkan zuriat iaitu Nabi akhir zaman, Tuhan bagi tanda di dahinya ada cahaya, dari pada budak lagi. Terutama waktu malam, bila dia pergi mana-mana orang nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Tapi tidak ada yang tahu cahaya itu cahaya apa.
Rupanya di kalangan ramai ini ada seorang yang tahu. Yang tahu seorang perempuan namanya Fatimah Syam. Dia tahu bahwa orang yang bercahaya di dahi tu akan melahirkan Nabi akhir zaman. Maka dia jatuh hati kepada Abdullah. Dia cuba pikat Abdullah. Kalau dalam bahasa sekarang dia mengorat Abdullah sebab dia tahu dari Abdulah ini akan lahir seorang Nabi. Dia pujuk, dia rayu dia ajak kawin, tapi Abdullah tidak mahu. Akhirnya Abdullah dipinang oleh Siti Aminah. Abdullah mahu. Maka lahirlah daripada Abdullah, Muhammad, ibunya Aminah. Tapi Nabi Muhammad SAW tidak sempat melihat ayahnya. Waktu baru 2 bulan dalam kandungan, Abdullah pergi ziarah keluarganya, dia meninggal di tengah jalan.
Emaknya tidak perasan lagi hingga ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan, cuma setiap malam mimpi jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitoh dan lain lain yang memberitahu dia,”Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.”
“Iya ke, aku tidak mengandung” kata Aminah. Hampir setiap malam, dia mimpi. Kata-kata itu diulang, hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman. Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama sebab dia fikir dia tidak mengandung. Rupanya bila 9 bulan lahir anak, pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
Waktu lahir, dia tidak macam anak-anak lain lahir, kalau anak-anak lain emaknya rasa sakit, keluar darah. Ini bersih elok bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis.


KISAH2X SIFAT RASULULLAH S.A.W






KISAH RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PENGAJARAN SEMPENA MAULIDURRASUL S.A.W 1434H
Assalammualaikum wbt..

  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasullullah S.A.W menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasullullah S.A.W menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
  • Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasullullah'. Rasullullah S.A.W lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini', tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
  •  Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasullullah S.A.W menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia'. 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi S.A.W. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
  •  Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
  • Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasullullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasullullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasullullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

    Akhirnya Rasullullah S.A.W mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

    'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak'.

    Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
  • Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
  • Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasullullah S.A.W menolak sama sekali rasa ketuanan.
  • Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
  • Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
  • Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasullullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
    Bersyukur kita jadi Ummatnya dan mengamalkan segala sunnah Baginda.
    Wallahu A'alam...                                                                                          
  • #MASIH TIDAK CUKUP LAGIKAH APA YANG NABI BUAT UNTUK KITA??? ISTIGHFAR DAN SELAWATLAH KEATAS NABI..

 


Friday, 11 January 2013

Gambar budak Kelas DIP1S1

Assalamualaikum,  Hari ni rasa macam nak tunjuk gambar-II budak kelas aku la. hehehe..
Masa Kelas SOFTSKILL ENCIK RIZAL...Ennnjoyy~~
#untuk gamba yang lebih besar. Sila Klik pada Gambar. Tq























haha !! Saksikan Video ni~~ Pasal Talam, Cawan, Pinggan, Piring dan Gelas.. hek3x.  Hujung2x, TALAM dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dengan mendapat 2.5 Kerusi dari Pinggan..hak3x