Friday 11 October 2013

yaa ! Aku Percaya pada 'Surah Al-Fatihah'

FADILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahanDi antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

.
1.     Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akanmemperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
.
.
2.     Hajat Tertunai
a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
.
b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang solehberkat surah Al-Fatihah.
.
.
3.     Keperluan Dipenuhi
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaandan sebagainya.
.
b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doaberikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
.
.
4.     Mudahkan Rezeki
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
.
b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kalidansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.
.
.
5.     Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidurSurah ’Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka,selain daripada ajal.

.
.
.


PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
.
1.  Mengubati Segala Penyakit
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukanmerata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
.
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
.
.
2.  Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa(lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
.
.
3.  Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.
.
.
4.  Mengubati Sakit Gigi
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
.
5.  Penyembuh Penyakit Mata
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
.
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke matadengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.
.

Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’

“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)
“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.