Friday 4 September 2015

Kendalikan Usrah Tarbiyyah

MUKADIMAH

Usrah telah diperkenalkan oleh Hasan Al-Banna sejak awal penubuhan Ikhwanul Muslimin (tahun 1928). Sehingga kini memang banyak pihak memperkatakan tentang usrah. Tajuk ini akan menjelaskan tentang konsep dan hakikat usrah serta apa yang perlu diisi di dalamnya.

Usrah dianggap sebagai tulang belakang bagi pembinaan harakah Islam (pergerakan Islam). Malah, dalam teori pengurusan usrah terbaru, sekiranya sistem usrah diuruskan dengan baik, maka ia adalah asas bagi melahirkan kewibawaan dan pengurusan harakah yang terbaik. Ini kerana pelbagai aktiviti dan kegiatan da’wah dalam pelbagai suasana dapat dilaksanakan melalui usrah.

Usrah dianggap sebagai  institusi pendidikan yang lengkap bagi melaksanakan proses ta’lim, tarbiyah dan melahirkan individu-individu mithali.

Dalam  institusi usrahlah bermulanya kerja-kerja da’wah ke dalam masyarakat. Melalui institusi usrahlah terlaksana penyediaan dan pembinaan anggota-anggota selaras dengan manhaj yang disediakan. Melalui usrah lahir rasa masuliyah dan persefahaman di kalangan anggota untuk memikul tanggungjawab dan tuntutan ’amal Islami.

Usrah merupakan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap. Terlaksana di dalamnya pelbagai aktiviti seperti bantu membantu menjalankan tugas, mengumpul maklumat dan mengasah bakat anggota-anggota.

Melalui usrah, disampaikan keputusan harakah dan pengaliran maklumat antara kepimpinan dan anggota. Kejayaan pengurusan atau pengendalian program-program yang diatur dalam manhaj usrah boleh memaju dan memantapkan pembinaan harakah secara keseluruhannya, serta mencapai matlamat harakah, tahap demi tahap, sehinggalah tercapai matlamat terbesar harakah, iaitu untuk membentuk ummah Islamiyah yang melaksanakan Islam syumul, InsyaAllah.

Sebenarnya kejayaan operasi, pengajaran, pendidikan dan pengurusan harakah adalah bermula daripada kejayaan pengendalian usrah-usrah. Bila kuat pembinaan usrah-usrah (dari segi tarbiyah, ta’lim dan pengurusannya), maka akan kuatlah harakah. Akan sukarlah harakah itu diganggu gugat.

Berdasarkan hakikat tersebut, maka murabbi  memikul peranan besar yang mesti dilaksanakan dalam mengendali atau menguruskan usrah (dalam konteks tajuk ini murrabi ialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh harakah untuk mengetuai, mengendali dan menguruskan usrah).

Sebagai murabbi usrah, dari aspek tarbiyah beliau adalah pendidik kepada anggota-anggota dalam usrahnya. Beliau adalah contoh ikutan. Beliau menjadi mithali dalam tingkah laku dan pergaulan.

Dari aspek ta’lim, murabbi adalah guru. Beliau melaksanakan tanggungjawab mengajar atau memberi pelajaran. Beliau mengajar fikrah Islam, usul syari’at, ilmu syara’, seni berda’wah dan seni berharakah dalam pelbagai realiti. Pada waktu yang sama, murid (anggota usrah) akan berhadapan dengan murabbinya dan belajar darinya.

Melalui proses input dan output (menerima dan memberi) antara anggota dan murabbi, maka akan lahirlah usrah (seterusnya harakah) yang bersatu padu. Harakah akan kukuh, kuat dan berdaya untuk memikul serta melaksanakan tugas da’wah dan segala tanggungjawabnya.

Memandangkan kedudukan murabbi sangat penting demi menjayakan perjalanan usrah, maka beliau perlu memahami atau mengetahui beberapa kaedah dalam pengendalian atau pengurusan usrah. Kaedah tersebut perlu diberi perhatian dan dilaksanakan dalam operasi usrah.

KAEDAH-KAEDAH

1) At-Tazkir (التذكير) (Peringatan)

Dari segi  bahasa boleh juga digunakan perkataan tazkirah (peringatan). Antara tujuan  usrah diadakan ialah supaya wujud tazkirah di dalamnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang beriman.

(Az-Zariyat : 55)

Tazkir (peringatan) terbahagi kepada dua:

a)     Tazkir diri (peringatan kepada diri sendiri)

Dalam skop tazkir diri, murabbi perlu  sentiasa ingat bahawa dia bekerja di jalan Allah. Ini bererti dia tidak boleh mengharapkan pujian atau terima kasih daripada manusia. Ia perlu bersihkan niatnya dalam setiap kerja yang dilakukan (yakni hanya kerana Allah semata-mata). Beliau hendaklah sentiasa ingat akan sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

إنما الأعمال بالنيات

Sesungguhnya setiap amal dengan niat

(Hadith ini latarbelakangnya adalah mengenai seorang lelaki yang berhijrah kerana ingin berkahwin dengan Ummu Qais).

Murabbi perlu sentiasa sedar bahawa risalahnya dan kerja yang dilakukannya adalah untuk pertimbangan Allah di akhirat kelak. Ia tidak terpengaruh dengan nilai orang lain samada memujinya atau mencacinya. Ia hanya mengambilkira aspek kesahihan dan keikhlasan amalannya yang ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Oleh itu ia tidak merasa penat atau kaku dalam pergerakan atau kerjanya, kerana ia bekerja kerana Allah.

Murabbi perlu sedar dan merasai bahawa pengurusan dan pengendalian usrah adalah merupakan amanah. Ia akan disoal di akhirat kelak, berdasarkan hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

كلكم راع وكلكم مسؤل عن راعيته
Setiap kamu adalah penjaga, kamu akan dipertanggungjawabkan

atas jagaan kamu

Pengurusan usrah bukan bertujuan untuk keuntungan duniawi, tetapi merupakan tanggungjawab berat dan akan disoal oleh Allah. Murabbi akan dihisab dengan apa yang disampaikan kepada anggotanya yang berupa  bimbingan, nasihat, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Ini berdasarkan kaedah:

Ganjaran adalah dengan usaha

Sekiranya murabbi itu baik dalam pengendalian usrahnya, maka dia akan mendapat ganjarannya.

Ciri-ciri murabbi (ketua usrah) ialah:

i)        ‘Amil – pekerja

ii)      ‘Alim – mengetahui

iii)     Mukhlis – ikhlas

Dalam mengendalikan usrah, murabbi membawa ketiga-tiga ciri di atas. Seseorang yang ‘alim, amil dan mukhlis akan didoakan oleh semua makhluk kerana mengajar manusia dengan kebaikan.

b)     Tazkir untuk saudara/anggota (atau peringatan kepada orang lain)

Murabbi bertanggungjawab  sebagai da’i yang mengajak orang lain kepada ma’ruf dan nahi mungkar. Kalau tidak berbuat demikian, maka dianggap sebagai ta’sir (cuai).

Setiap golongan manusia perlu melaksanakan tugas ’amar ma’ruf dan nahi mungkar. Hatta sewaktu bersendirian pun, seseorang itu perlu melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Di dalam sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, baginda berpesan apabila tiga  orang bermusafir, maka perlu lantik seorang amir. Antara kewajipan amir ialah memberi tazkir. Inilah peraturan berharakah yang telah ditentukan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Antara tazkir kepada anggota ialah :

i)        Memberi kefahaman maksud menta’ati ketua ialah bertujuan untuk  melaksanakan perintah syara’ (taat dalam rangka ma’ruf)  agar usrah/harakah dapat berjalan dengan baik.

ii)      Memberi kefahaman tentang manhaj hidup (sistem hidup yang benar).

iii)     Memberi kefahaman bahawa  perhimpunan dalam usrah adalah perhimpunan dalam rangka kebaikan, yakni untuk berta’awun dalam khair dan takwa. Allah Subhanahuwata’ala  memberkati perhimpunan ini dan direstui pula oleh malaikat. Ia adalah satu wasilah yang baik dan untuk maksud yang baik pula.

Tazkir sebegini sentiasa diperlukan oleh anggota usrah. Oleh itu murabbi perlu melaksanakan tanggungjawab ini.

Saturday 14 February 2015

KAU SAHABAT HINGGA KE SYURGA

Assalamualaikum wht kepada pembaca semua.Sebelum baca lebih lanjut,sila puase----->
dan sila play lagu ni kat atsa ni dan seiringan buka lagu ini dan baca ya.Hari ini ana akan update mengenai "KAU SAHABAT HINGGA KE SYURGA". Setelah hampir 5 sem menetap belajar di Politenik ni, Akhirnya Allah beri jua sahabat-sahabat yang terbaik untuk ana. Mereka merupakan juga sahabat2 Rakan Pusat Islam. Haa kalau korang nak tahu, bukan sewaktu senang sahaja mereka mendampingi ana, malah ketika susah juga mereka selau menjadi tempat untuk ana meluahkan perasaan. Cinta kepada sahabat ini Inn Shaa Allah kerana Allah, Meraka selalu mengigatkan dan mengajarkan ana tentang Islam,Ad-din(Cara Hidup Islam),Syariat Islam dan Akhlak Islamiyyah.Lebih kurang sama dalam silybus usrah. Ana syg sangat sahabat2x ana ni.





Akhi fakhri attamimi

Ha yang Sahabat yang pertama ialah MUHAMAD FAKHRI ATTAMIMI BIN RAHIM, haaa dia ni Orang Kedah. Dia merupakan Mantan Pengerusi Rakan Pusat Islam(Rapi). Dan semasa zaman ana menjadi Pengerusi, dia banyak membantu ana dalam pelbagai aspek, bagaimana cara mengendalikan Program, formal x formal, keadaan Meeting,cara penyampaian meeting, Persiapan sebelum dan selepas program. Alhamdulillah Allah swt perkenankan Doa Ana semasa Sem 1 dulu, ana berdoa agar Allah pertemukan sahabat2x yang membawa kepada Redho Allah, membawa kepada Jalan yang benar.Fakhri ni juga merupakan pelajar atau digelar Anugrah Ketua Jabatan(AKJ) di JKM, sepanjang ana kenal dia, memang susah atau jarang nak nampak Fakhri membuat mungkar pd perintah Allah. Beliau pernah berkata pada ana, bahawa dia paling suka dalam Bab Usrah ialah "Amal Makruf Nahi Mungkar". Jadi, Alhamdulillah. Ana sendiri jarang nampak beliau melakukan perkara yang remeh temeh, perkara yang sia sia. seorang yang tepati masa. Ingat lagi kalau dia janji pukul 8am di Pusat Islam. Pukul 8 tepat lah dia datang, tapi kalau kami, 8,30am baru sampai. Astaghfurullah... hmmm.. apabila beristighfar, teringat dia kata, kalau kita sering 'ter' buat dosa, sama ada dosa kecil ataupun dosa besar, cepat2x lah kita beristighfar,cepat2x cantas dosa, seperti kita cantas dahan yang tak perlu, kalau nak cerita lagi, memang takkan habis cerita pasal Akhi Fakhri ni. Hebat Ciptaan Allah.Ana Harap Fakhri selalu buat yang terbaik dalam hidup, doakan ana jadi seorang kawan/anak/bapa atau mukmin sejati yang mampu mengawal diri,mnyebarkan Dakwah kepada diri,Keluara dan Masyarakat.Amin..






Eekram bilal

Sahabat yang kedua ialah MUHAMMAD EEKRAM BIN SHAHARUDIN. Haaa,dia ni orang kedah juga.. Dia ni dulu merupakan ajk Usrah dan sekarang dia, Allah tingkatkan darjat mnjadi Pengerusi Rakan Pusat Islam.heee, Ingat lagi masa eekram ni sem satu,saat mula2x bersua,masa tu pada minggu Suai Kenal(MSK), masa kat Pusat Islam selepas zuhur. Ana ditakdirkan untuk mengimamkan peserta msk, selepas solat zuhur ja,Eekram kata, nak jadi macam ana,nak jadi AJK Masjid mcm ana. Terharunya..Memang dari situ Allah nak buka mata hati ana untuk mencari pelapis utk RaPI. Alhamdulillah, pada semester berikutnya, Eekram telah menjadi Roomate Ana. Alhamdulillah.Semasa didalam bilik, cuma kami berdua sahaja yang tahu persahabatan kami, pergi P.Islam sama-sama. haaa, nak cerita nih,lupa pulak, Dia ni merupakan Tukang Azan ataupun Bilal di Pusat Islam PMS, Alhamdulillah, Beliau 5 waktu sehari semalam  menjaga azan dan solat berjemaah di Pusat Islam.Merdu sungguh suaranya hingga ramai yang bertanya kepada Ana,siapa yang azan di Pusat Islam, ana cakaplah Eekram Roomate ana. Ada satu masa, semasa Kem IMC, kedengaran satu alunan Zikir sebelum maghrib,dimana sahabat dari UniTEN tanya, nati nak zikir ni,seolah-olah minta bluetooth lagu ni, lepas tu ana kata, ni bukan kaset or pendrive, tp nilah Eekram, dia tengah Zikir dekat Mimbar sana. Maashaa Allah.
 
Dari Abu Hurairah, ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Seorang muadzin akan diampuni dosanya sejauh suaranya, dan setiap yang basah dan kering akan memintakan ampunan baginya. Yang melaksanakan shalat berjamaah, maka baginya akan ditulis dua puluh lima kebaikan dan dihapuskan dosa-dosanya di antara waktu shalat'. (H.R. Shahih Ibnu Majah)


Alhamdulillah, betapa besarnya Ganjaran yang menunggumu sahabat,EEkram ni sahabt yang selalu Bz dengan Assignment JRKV dia, tapi dia tetap luangkan masa kepada Robb nya untuk menunaikan kwajipan secara berjemaah. hari2x dia tidur lambat, bahkan, tidak tidur selama 3 hari adalah perkara biasa baginya.Baru-baru ini, beliau telah 'Ter' Bertanding dalam PRK dimana, beliau yelah memenangi bagi kerusi calon umum, ikutkan memang lah dia yang menjadi YDP, tapi apakan daya, beliau lebih komitmen dalam RaPI. Beliau hanya memegang Jawatan sbagai pengerusi kelab ja, sebab dia dah sadar, bahwa jawatan itu satu Fitnah jika silap menggunnkannnya. Kalau nak diceritakan pasal Eekram ni manang takkan Habis, sama mcm Fakhri kat atas.hehe.








HAFIZ JEBAT



Haa Sahabat yang ke tiga ialah KHAIRUL HAFIZ BIN KALIM, haa, dia ni merupakan seorang yang suka mendengar cerita, dan pandai membodek. Masa first kenal dia, time tu minggu MSK, kedengaran alunan Azan yang mendayu-dayu di Subuh hari, dan selepas azan, dia terus bersama En.Azrin. Ana ingatkan dia ni Staff baru di Poli, tapi rupanya pelajar semester satu yang baru masuk. Dengan keadaan mukanya yang matured, takkanlah uur dia 18, mustahil, terusik pemikiran bertanyakan umur. Rupa2x nya, beliau sedah mendapat didikan Politeknik Sebelum ini, jadi tidak hairanlah jika beliau tetap senyum dan tabah mengharungi Zaman hijrahnya. Masa dia semester satu, ana dan Fakri meletakkan hafiz sebagai Timb. Pengerusi membantu Eekram dalam RaPI. Alhamdulillah, sampai sekarang, Hubungan antara Hafiz dan Eekram ibarat kuku dan isi, tgn kiri terluka, tangan kanan terasa sakitnya.Dia pernah memasuki bakat Pencetus Ummah baru-baru ini, Alhamdulillah dia melepasi saingan ke -4 dimana apabila lepas hingga sangan ke 5, sudah muncul dikaca Tv.
Tapi apakan daya, Kita hanya Mampu merancang, Allah SWT yang menentukan. Memang pelbagai cabaran yg Hafiz tempuhi, antaranya, di fitnahnya, di umpatnya.
Malah beliau tetap bersyukur dengan pelnagai onak ujian untukknya. Dan kini, berkat hasil ketabahannya, Allah meningkatkan darjatnya dan sekarang menjadi Yg Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar 2015. Berkerjasama dengan Ekkram dalam membimbingi jemaah masing masing.





Nazrin al fahmu 

Haa sahabat terbaik yang seterusnya ialah MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL MUTALIB, Beliau merupakan pelajar JTMK Netwok dimana Nazrin ni sahabat a.k.a Roomate terbaik skali. Den duduk bilik dia duduk bilik, den pi P.I dai pi P.Islam.Den tak kluaq bandar dia x kluaq andar. hehe. Masa roomate dengan dia, pelbagai cabaran suka duka kami bersama. Tambahan lagi, Allah permudahkan segala urusan ana bersama nazrin. mana tak untung nya, dia bawa kereta, dia bawa Water Heater, dia bawa iron,dia bawa macam2 lagi. hehe. kalau nak ikutkan, naik Bus ke bandar Muadzam tu, boleh hitung guna jari. Sebab kami ke bandar naik kreta ja.heheh. Nazrin ni juga sahabat untuk ana luahkan perasaan, kadang-kadang dia faham, kadang-kadang dia tak faham hehee.
gurau2 Naz. Dalam sebuah hadis 40

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.

Kepada sahabat-sahabat yang lain, ana juga sayang antum semua, sebab masa mencemburui. Takkan nak update sorang-sorangkan. hehe. Nak bagi tahu ni, Walau pelbagai rintangan dan cabaran, hadapilah, jgn lari dari masalah, tunaikan amanah, jaga solat kita, selalu bersangka baik dengan perancangan Allah SWT.Solat dimana Azan di azankan, jaga Ikhtilat, jaga percakapan, jaga mata, jaga diri, jaga keluarga, jaga islam, Jaga maruah Islam, jaga nama baik RAKAN PUSAT ISLAM, tegakkan Syariat Allah, Benarkan apa yang benar, Jihat kerana Allah, Sanggup kehilangan anggota badan/nyawa dan harta utk Islam, Lakukan apa yang kamu kata.



 
 





"BIAR KITA MATI KERANA ISLAM, JANGAN ISLAM MATI KERANA KITA"



Wednesday 14 January 2015

Hebatnya sirah Nabi Swt

Assalamualaikum, Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana Allah swt telah kekal kan semangat kpd Hamba sang penulis ni utk terus mengupdate Blog untuk memulakan Sayap Dakwah menggunakan Siber. Alhamdulillah kerana Allah Swt kekalkan semangat kita utk kekal tegur menegur mmbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.Allah swt adalah sebaik-baik perancang, habat mana rancangan kita, tapi kalau Allah swt tak izinkan, maka tak jadi lah sesuatu yg dirancang manusia. Kita sebagai pemuda pemudi Islam ,hendaklah kita selalu ingat kepada Allah dan sentiasa menjaga Akhlak, Walau sejak kebelakangan ini, Isu K-POP semakin mendapat perhatian di New2 Malaysia. Ini sebenarnya telah membawa nama Islam dan mencemarkan nama baik wanita bertudung. Bagaimana seorang remaja Islam, yang sudah baligh menutup aurat , tidak dapat melawan hawa Nafsunya. Maa Shaa Allah. Harap-harap kita semua dapat mengambil ibrah daripda peristiwa tersebut.

12 Rabiuawal tahun gajah, Nabi Muhammad Swt telah dilahirkan dalam kalangan Orang Arab.Dimana masa itu, hidup zaman berkabilah. Satu Kabilah, boleh berperang dengan satu kabilah lain dengan hanya seekor unta shj.Oleh itu, Allah swt mewajibkan kita beriktikat bahwa Nabi SAW adalah Rasul/Pesuruh Allah SWT. Nabi Swt didatangi oleh Jibril tentang penurunan Wahyu,Nabi Swt takut, lalu pulang ke rumah, lalu diselimut oleh siti Khadijah. Lalu,Kaum Arab hendak menghalau Nabi Swt keluar daripada Tanah Arab kerna Nabi swt membawa syiar islam.Nabi Swt sedih kerana, Saudaranya sendiri hendak menghalaunya. Abu jahal bercakap kpd Nabi Swt,bukan kami tak suka kamu wahai Muhammad, akan tetapi,kami tidak suka dengan Syiar Islam. Walaupun kita mengangap Nabi swt adalah Rasul, Kita tidak boleh beranggapan bahawa Nabi swt adalah setaraf dengan Allah Swt.
Kepada Rasulullah Swt tidak boleh Label sebagai tuhan. Di Masjid Nabawi, Ramai orang yang minta dengan Nabi SWT dengan membelakangkan Kiblat,Sepatutnya  meminta kepada Allah.Jika hendak,maka minta lah daripda keberkatan Nabi Swt agar Allah swt memperkenankan Doa kita.

Nabi Swt sangat merendah diri, Apabila Nabi dtg kepada sahabat-sahabatnya, Nabi tak kasi berdiri, tetapi,apabila Pembesar-pembesar lain datang, Nabi kata,Berdiri tanda hormat.Betapa hebatnya Nabi kita.

Monday 12 January 2015

Kuliah Ustaz Nazmi 12/1/15

Ibrah Surah An-nur
->ktakan pd perempuan muslimat,hendaklah menyekat pandangan mereka, memelihara kehormatan mereka, dan jgn mereka mmperlihatkan kpd org lain kcuali pd zhir, Oleh itu,bertaubat kpd Allah.

->Pelbagai Majlis yang Haram dihadiri:
  ->Tiada Nahi mungkar
  ->Sapport Maksiat
  ->Lalai dari Agama
  ->Tiada pemikiran soal Akhirat
  ->Tidak tunduk Pandangan

Tampil cara hidup Islam dan syariat Islam
Mestilah kita menjaga Tingkah laku kita ,kerana Dakwah yg paling berkesan ialah dgn Akhlak seperti apa yg diajarkan Oleh NABI SAW.

BUKU IDAMAN PENUNTUT(FIQH)
->Pendahuluan
Sheikh Abdul Ghani, Didalam syariat kewajipan perang, maka ada juga syariat Menuntut ilmu. Diberinama kerana, Ramai yg tuntut.Rujukan dari, 3 kitab.

Tajuk yg pertama:
->Bersuci dan Hukumnya
membersihkan diri dapd kekotoran
Hada kecil dan Besar
#jika ada hadas,maka Menghalang drpd melakukan ibadah
#Bersuci-menghilangkan bau ,warna dan rasa drpd kekotoran.
#Air adalah keperluan utk bersuci

Air Mutlak
1)Air Hujan
2)Embun
3)laut
4)Sungai
5)Perigi
6)Air Mata Air
7)dan lain2

Air terbhgi kpd 4 , 2 boleh bersuci
1)Air Mutlak
2)

Suci tetapi Makruh digunakan
1)Air yg dijemur bwh matahri(bekas tin)
2)Makruh digunakan
3)Air Mustakmal

Tuesday 6 January 2015

Kuliah Ustaz Bad

Bersyukur pd Allah ,yg telah bnyk beri segala nikmat kpd Manusia,Nikmat Angin,Nikmat duduk,nikmat makan dan segala nikmat lagi.. Yaa Allah, Bersyukur sgt pd Allah.. Kerana Manusia adalah sebaik baik manusia, Apabila smpai didunia, sudah tentulah sudah diberi tanggungjawab dan tugas yg perlu di selesaikan oleh manusia.

Tajuk"Pembicaraan Bab Tilawah AlQuran"

Allah swt cipta manusia sbgi hmba, diberi oleh kita ialah Aqidah Islamiah, Perlu laksanakan Syariat Allah dan akhirnya drpd iman itu, drpd pelaksanaan itu ialah adab2 Akhlak yg mulia. Semua perkara beradab dlm Islam, sungguh cermat islam ni yaa Allah. Lebih2 lagi yg berkaitan dgn Allah, Lagi beradap dgn Allah."Apabila hbgn dgn manusia sudah terjlin,hubungan dgn Allah lagi hebat"
Kalau boleh,apabila kita nk beradap dgn Allah, pakailah pakaian yg paling bersih.

Bab Membaca Kalamullah, Kerana Al Quran ialah,kalamullah,kata2 Allah SWT. mengambil masa 23 thun semasa penurunan Al Quran.10 di madinah,13 di mekah. Melalui antara malaikat jibril.
Kita mestilah beradap kerna Ia milik Allah SWT.

Berkata shbat "ketahuilah ssgghnya b al quran ada adab zahir dan batin,dan x menjadi sorg hmba yg bnar2 beriman, dimana mereka ini,mnjaga pmbacaan, dan sehingga dia dijdikn tempat"
Ia baca ia sedar bhawa Quran yg dibaca dtg dr Allah, baru lah sempurna. Siapa yg x menjaga adab pembacaan quran.
hendaklah bc Al quran dgn rasa kesungguhan..

Hati kita apabila baca Al Quran, hendakah dibawa hati sekali bila bc Al Quran..Apabila kita solat, bila kita nk solat dan bc Quran, kena yakinn Allah..

Ihsan Ialah beribadat kpd Allah, mengganggap engkau beribadat,yakin Allah swt sdg melihat kita.dab rasa Kita nmpak Allah swt.

Quran->Bermula Al Fatihah dan diakhiri aurah annas,tghnya surah Al Kahfi,114 surah, setiap surah dmulai bismillah

"Jika Allah trun al quran di atas bukit, nescaya,bukit itu akn tunduk pd Al Quran,krn Takut pd Allah"

Pembaca Al quran mestilah
1)Ikhlas kerana Allah SWT( tetapi, syarat utama ibadat diterima ialah ikhlas krn allah Swt)kne buat selalu,
2)Jgn baca kerana Buat2
3)Kena kenal/tahu AlQuran itu apa.

Jika kita jaga adab2 bc Al quran,maka Sempurna lah ia..

Sunday 21 December 2014

Try Post Guna Blog App

Assalamualaikum,bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi nafas serta nikmat yg bnyak didunia ini.Hari ni Sy hnya mencuba utk update Blogger sy menggunakn Blogger App ,hanya dgn menggunakan SmartPhone sahaja,kita sudah boleh mengupdate pd bila2 masa dan dimana jua kita berada. Applikali ini yang ringan lagi mudah, bagi sesiapa yang belum install di smartphone masing2,maka install la. hanya buka GooglePlay>Blogger kemudian install. ahaha, ok la,sampai disini sahaja, share2 la ilmu ini kpd blogger yg lain yg slama ini susah2 je nk onn lappy bila nk update.. hik3.. waalaikummusalam ^_^'

Friday 25 July 2014

Hadiah dari Abg Amin

Asalamualaikum, semalam, Temankan abg Amin pi hantaq Roomate iaitu EEkram kat Stesen bus Kuantan naik krete dia. nak hantar dia sbb dr muadzam ke kuantan bus nyer habis.. Sampai2x ja trus cari tempat nk berbuka.
dgn abg amin
Abg Amin dgn Eekram

ni time da smpai stesen bus, hehe, main snap2x pic lg ustaz ni.. hehe, yang Eekram terkejut gambar nya di muat naik ke Instagram oleh abg amin.. hak2x
haa.. Terkejut yer bang
Malam tu lepas sudah selesai iftar semua, kami hantaq Eekram ke bus, sbelum tu pi solat, jam kat surau tu bole pulak lewat 5 minit, tambah lg eekram pi toilet, yang kita ni risau ja psal dia, tkut bus grak. hahaha, alhamdulillah, dia sempat menaiki bus tersebut , yang dikatakan jauh, dr jam 8pm smpai 7am duduk dlm bus tu, hahaha..  
               
          Malam tu, lepas pi stesen bus, kami grak ke Masjid Negeri pulak kat Kuantan tu dgn abg Amin, 
Kena pulak mlm tu sama dgn malam jumaat pd bulan Ramadhan, tambah lg dgn malam 27 Ramadhan. Tambah lg diimamkan oleh pemuda Arab/Mesir yang suara nya mendayu menunaikan solat Tarawih, Hanya tuhan saja yang tahu betapa sayu nya hati ini mengigatkan dosa2x yg pernah dilakukan selama hidup 20 tahun ni.. Astaghfirullah.. Lepas ja Solat Tarawih, abg amin ajak ke Gerai sekitar Masjid tu yg menjual bermcm2x brg, sperti baju raya, kasut dan lain2x. Jadinya, masa 17 July lepas semperna hari lahir sy, Cikgu Amin da janji nk beri hadiah kat sy, pusing2x dan alhamdulillah..
Alhamdulillah, Allah beri Rezki baju Raya tahun ni dgn Kurta, tak sabar nk raya dgn Kurta ni.. hehehehehe
Ok la, selamat Hari Hari Terakhir Ramadhan, semoga kita sampai ke Ramadhan seterusnya. amin

Friday 11 October 2013

yaa ! Aku Percaya pada 'Surah Al-Fatihah'

FADILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahanDi antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

.
1.     Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akanmemperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
.
.
2.     Hajat Tertunai
a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
.
b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang solehberkat surah Al-Fatihah.
.
.
3.     Keperluan Dipenuhi
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaandan sebagainya.
.
b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doaberikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
.
.
4.     Mudahkan Rezeki
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
.
b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kalidansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.
.
.
5.     Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidurSurah ’Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka,selain daripada ajal.

.
.
.


PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
.
1.  Mengubati Segala Penyakit
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukanmerata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
.
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
.
.
2.  Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa(lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
.
.
3.  Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.
.
.
4.  Mengubati Sakit Gigi
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
.
5.  Penyembuh Penyakit Mata
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
.
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke matadengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.
.

Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’

“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)
“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.




Monday 5 August 2013

Perubahan Musim

Assalamualaikum

Perubahan Musim ?? Tawu kah anda, apa makna di sebalik dan tersirat tu ? haha.. perubahan musim ni kalau nak dijadikan cerita kan, memang tak habis.. heee 
         Bukan apa, Mase Fc Form 4&5 dulu, Sekolah kat Asrama Vokey Kota TInggi,
 then,Bilangan lelaki  kat sekolah tu sangat tinggi tetapi, bilangan Perempuan sangat Kritikal.. haha, kat class pun ada 5 owg perempuan, yang lain major LElaki. hehe, selama 2 tahun kot Fc rasa mcm da biasa Belajar tanpa Perempuan kan,, kalau jalan mana2x, nak ke Surau ke, Library ke mane ke, relex je, tak yah nk cover2x macho ni.. haha ! 
sekarang, 2013, Fc Belajar di sebuah Politeknik iaitu Politeknik Muadzam Shah


, dimana, kat situ, majoriti semua budak JOHOR.. hahaha... yang nak diceritakan, bukan Majoriti budak Johor, tapi, Bilangan LElaki dan Perempuan adalah Sama, tapi, dengar2x Bilangan Perempuan lagi banyak... hah ! Nak dijadikan CErita, Perubahan Musim telah berlaku pd Fc dimana, kat class pun, pompuan lgi banyak dari Lelaki.. haaa ! ape lagi, Kelam Kabut emosi dan Jasmani ni.. hahah Aceeee.. sebenanya tak mengganggu sangat pun.
Nak jalan kemana2x pun, nak ke banda Muadzam ke, PI ke, nk ke Canteen ke,, aduiii, ade je Pompuan ni, 
tu yang kemana2x, ajak membe teman.. haha, kalau da tpakse jalan sowg2x nk wt cam ne kan.. huhu..
Tapi FC skunk da Sem 2, da biasa Jugak la dengan kehidupan di Politeknik ni.. heee.. tu la Fc nak cerita kan, Perubahan Musim yang dasyat telah berlaku.. hahhahha.. tapi tak pa, Allah dimana2x Sahaja kan, so, jadikan macam dulu, Niat BElajar kena Pasang then, Banyak2x kan Doa2x dan pertingkat kan Usaha, then JANGAN Jadikan Perubahan Musim ni sebagai Penghalang Fc untuk Menempuhi kehidupan Pembelajaran. heeee ^_^ chill la kan Pembaca2x.. ok sampai kat sini je la yer ^_^' heeee... Wassalam