KISAH RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PENGAJARAN
SEMPENA MAULIDURRASUL S.A.W 1434H
Assalammualaikum wbt..
- Kalau ada pakaian yang koyak, Rasullullah S.A.W menampalnya sendiri
tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
- Kalau ada pakaian yang koyak, Rasullullah S.A.W menampalnya sendiri
tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
- Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
- Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi
bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai
Rasullullah'. Rasullullah S.A.W lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari ini', tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
- Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
sedang memukul isterinya. Rasullullah S.A.W menegur, 'Mengapa engkau
memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga,
jadi aku pukul lah dia'. 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi
S.A.W. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?'
- Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang
paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar
dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung
bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasullullah, kami melihat
seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya
Rasullullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya
Rasullullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang
sakit...' desak Umar penuh cemas....
Akhirnya Rasullullah S.A.W mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak'.
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. - Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar
oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan
penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam
masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
- Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah S.W.T dan rasa kehambaan
yang sudah sebati dalam diri Rasullullah S.A.W menolak sama sekali rasa
ketuanan.
- Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.
- Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
- Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasullullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
Bersyukur kita jadi Ummatnya dan mengamalkan segala sunnah Baginda.
Wallahu A'alam... - #MASIH TIDAK CUKUP LAGIKAH APA YANG NABI BUAT UNTUK KITA???
ISTIGHFAR DAN SELAWATLAH KEATAS NABI..
No comments:
Post a Comment