KISAH
KELAHIRAN RASULULLAH
Rasulullah SAW namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd
Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Abdul Muthalib ini sebelum ada anak-anak, dia
pernah bernazar kepada Tuhan kalau dia dapat 10 anak lelaki dia akan sembelih
seorang. Setelah berbelas belas tahun berkahwin dapat 10 anak lelaki
diantaranya Abu Lahab, Saidina Hamzah, Abu Thalib dan lain-lain. Tetapi yang
bungsunya Abdullah.
Jadi bila dapat 10 anak lelaki dia pun teringat nazarnya, dia hendak
tunaikan nazarnya, hendak sembelih seorang. Bila hendak sembelih, yang mana
satu, semuanya anak-anak dia. Dia mengadukan hal ini kepada seorang ahli nujum
di zaman itu, macam mana nak buat? Ahli nujum bagi tahu dia, buat undi. Siapa
yang kena, itulah yang disembelih. Cara orang Arab ini, walau hidup di zaman
jahiliah, janji dipatuhi. Janji itu Abdul Muthalib terpaksa patuhi.
Setelah menerima nasihat dari ahli nujum, dia buat undian di kalangan
anak-anaknya. Bila diundi kena pada Abdullah, sedangkan ia anak yang paling
disayangi, anak bongsu. Kemudian dia pergi tanya lagi pada ahli nujum. Ahli
nujum suruh undi lagi. Maka Abdul Muthalib buat undian kedua, tapi kena pada
Abdullah juga. Mengadu lagi, diundi lagi kena Abdullah lagi. Dia buat undian
kali ke 9, kali ke 10 masih kena Abdullah. Mengadu lagi dia kepada ahli nujum,
undian saya mengena pada anak yang paling saya sayang, yang paling cantik. Ahli
nujum jawab, kalau begitu engkau sembelih saja 100 unta untuk mengganti
Abdullah. Akhirnya Abdullah selamat.
Demi mengingati peristiwa ini, sebab tu bila Rasulullah SAW menjadi Rasul,
salah satu syariat Rasulullah SAW iaitu siapa membunuh orang, tebusannya
sembelih 100 unta. Jadi ada syariat dalam jahiliah yang dikekalkan oleh Tuhan,
diantaranya siapa yang buat dosa bunuh orang, dia kena tebus dengan menyembelih
100 unta. Kekal sampai hari ini.
Selamatlah Abdullah daripada disembelih. Diantara 10 anak lelaki ni
Abdullahlah yang paling disayangi bapanya Abdul muthalib. Tapi oleh kerana
Abdullah ini hendak melahirkan zuriat iaitu Nabi akhir zaman, Tuhan bagi tanda
di dahinya ada cahaya, dari pada budak lagi. Terutama waktu malam, bila dia
pergi mana-mana orang nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah
datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Tapi tidak ada yang tahu cahaya
itu cahaya apa.
Rupanya di kalangan ramai ini ada seorang yang tahu. Yang tahu seorang
perempuan namanya Fatimah Syam. Dia tahu bahwa orang yang bercahaya di dahi tu
akan melahirkan Nabi akhir zaman. Maka dia jatuh hati kepada Abdullah. Dia cuba
pikat Abdullah. Kalau dalam bahasa sekarang dia mengorat Abdullah sebab dia
tahu dari Abdulah ini akan lahir seorang Nabi. Dia pujuk, dia rayu dia ajak
kawin, tapi Abdullah tidak mahu. Akhirnya Abdullah dipinang oleh Siti Aminah.
Abdullah mahu. Maka lahirlah daripada Abdullah, Muhammad, ibunya Aminah. Tapi
Nabi Muhammad SAW tidak sempat melihat ayahnya. Waktu baru 2 bulan dalam
kandungan, Abdullah pergi ziarah keluarganya, dia meninggal di tengah jalan.
Emaknya tidak perasan lagi hingga ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau
kesan, cuma setiap malam mimpi jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti
Asyiah, Masyitoh dan lain lain yang memberitahu dia,”Hai Aminah bertuahlah
engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.”
“Iya ke, aku tidak mengandung” kata Aminah. Hampir setiap malam, dia
mimpi. Kata-kata itu diulang, hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan
melahirkan Nabi akhir zaman. Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama
sebab dia fikir dia tidak mengandung. Rupanya bila 9 bulan lahir anak, pada 12
Rabiul Awal Tahun Gajah.
Waktu lahir, dia tidak macam anak-anak lain lahir, kalau anak-anak lain
emaknya rasa sakit, keluar darah. Ini bersih elok bagus. Anak-anak lain bila
keluar menangis, dia tidak menangis.
No comments:
Post a Comment