Tuesday, 9 April 2013

Doa Perlindungan Diri, Keluarga, Hartabenda(laptop)

Saban hari, Kamsis politeknik Kita sering dihantui oleh "kehilangan2x Laptop","Printer","duit dan sebagainya., Oleh itu,sy nak sebar2x kan ilmu yang patut dan wajar kita amalkan stiap hari, Insya4JJ1 ia akan memberi inspirasi kepada anda dan diri sendiri..moh la kita merenungi peristiwa2x yang dilalui sahabat Nabi S.A.W iaitu Abu Darda r.a..

                                                                   (klik untuk lebih besar)
Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah/bilik.



Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.



#Mencegah lebih baik dari Merawat ^_^
smoga saya dan Anda semua dapat mengamalkan nyer.. insya4JJ1

No comments:

Post a Comment