“Aku memang sangat
mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu
ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah
bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat
kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta
daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu
disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah..
memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah
pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa
ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik
orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima
teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik.
Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah.
Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat,
akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan,
bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat
bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin.
Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling
menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka?
Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul
mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu
indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak
baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau
perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu
sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla
berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak
mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat
216)
“Biarlah kita
kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si
dia.”
Marilah sama-sama kita
renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita.
Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa
kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa
bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu
ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati
di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu,
namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala
keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut
hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan
mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan
menjadi perkara biasa kepada kita.
#Petikan dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/6526-nikmatnya-perpisahan-insan-bercouple.html
mujibbbb... cantikk blog ko....
ReplyDelete