Friday, 11 October 2013

yaa ! Aku Percaya pada 'Surah Al-Fatihah'

FADILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahanDi antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

.
1.     Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akanmemperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
.
.
2.     Hajat Tertunai
a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
.
b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang solehberkat surah Al-Fatihah.
.
.
3.     Keperluan Dipenuhi
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaandan sebagainya.
.
b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doaberikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
.
.
4.     Mudahkan Rezeki
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
.
b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kalidansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.
.
.
5.     Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidurSurah ’Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka,selain daripada ajal.

.
.
.


PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
.
1.  Mengubati Segala Penyakit
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukanmerata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
.
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
.
.
2.  Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa(lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
.
.
3.  Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.
.
.
4.  Mengubati Sakit Gigi
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
.
5.  Penyembuh Penyakit Mata
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
.
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke matadengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.
.

Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’

“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)
“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.




Monday, 5 August 2013

Perubahan Musim

Assalamualaikum

Perubahan Musim ?? Tawu kah anda, apa makna di sebalik dan tersirat tu ? haha.. perubahan musim ni kalau nak dijadikan cerita kan, memang tak habis.. heee 
         Bukan apa, Mase Fc Form 4&5 dulu, Sekolah kat Asrama Vokey Kota TInggi,
 then,Bilangan lelaki  kat sekolah tu sangat tinggi tetapi, bilangan Perempuan sangat Kritikal.. haha, kat class pun ada 5 owg perempuan, yang lain major LElaki. hehe, selama 2 tahun kot Fc rasa mcm da biasa Belajar tanpa Perempuan kan,, kalau jalan mana2x, nak ke Surau ke, Library ke mane ke, relex je, tak yah nk cover2x macho ni.. haha ! 
sekarang, 2013, Fc Belajar di sebuah Politeknik iaitu Politeknik Muadzam Shah


, dimana, kat situ, majoriti semua budak JOHOR.. hahaha... yang nak diceritakan, bukan Majoriti budak Johor, tapi, Bilangan LElaki dan Perempuan adalah Sama, tapi, dengar2x Bilangan Perempuan lagi banyak... hah ! Nak dijadikan CErita, Perubahan Musim telah berlaku pd Fc dimana, kat class pun, pompuan lgi banyak dari Lelaki.. haaa ! ape lagi, Kelam Kabut emosi dan Jasmani ni.. hahah Aceeee.. sebenanya tak mengganggu sangat pun.
Nak jalan kemana2x pun, nak ke banda Muadzam ke, PI ke, nk ke Canteen ke,, aduiii, ade je Pompuan ni, 
tu yang kemana2x, ajak membe teman.. haha, kalau da tpakse jalan sowg2x nk wt cam ne kan.. huhu..
Tapi FC skunk da Sem 2, da biasa Jugak la dengan kehidupan di Politeknik ni.. heee.. tu la Fc nak cerita kan, Perubahan Musim yang dasyat telah berlaku.. hahhahha.. tapi tak pa, Allah dimana2x Sahaja kan, so, jadikan macam dulu, Niat BElajar kena Pasang then, Banyak2x kan Doa2x dan pertingkat kan Usaha, then JANGAN Jadikan Perubahan Musim ni sebagai Penghalang Fc untuk Menempuhi kehidupan Pembelajaran. heeee ^_^ chill la kan Pembaca2x.. ok sampai kat sini je la yer ^_^' heeee... Wassalam


Friday, 3 May 2013

Lagenda Seorang Captain Sepak Takraw

Assalamualaikum n selamat pagi, petang dan Malam.. hehe,
dah lamer seyh x update sejak Final Exam Sem 1 nih.. huk3x.. hari ni, nak cerita pasal Zaman2x Kegemilangan FC dlm sukan SEPAK TAKRAW.. heeee
Suda lame jugak FC aktif dalam sukan Sepak Takraw nih, mase pertama skali.. main Takrow kat depan rumah, mase tuh, Ramai abang2x sedara a.k.a Jiran main sekali,, huhh~~ mmg time tuh FC kecik lagi, darjah 4 ke lima ntah..mase tuh, timbang bola Takraw tuh dapat 3kali je.. haha paling tinggi 5 kali..

Teringat kat Arwah Pak ude(Bapak Sedara n jiran).. pada satu mase tuh, FC timbang bola sorang2x kat depan rumah, Pak ude mase tuh ada kat depan rumah gak.. mase ngah timbang2x ni, dia kata,
"alaahhh, kalau dapat timbang(timang) 20kali nanti pak ude bagi(dah lupa la dia nk bg ganjaran la mase tu)" heeee.. lepas tu, mula lah FC start la, timbang punya Timbang, huhh~~ sukar gak nak dpt 20 tuhh,, akhir sekali, mase FC da hujung2x(da dekat nk maghrib) dapat lah 20, FC ckp la ngn pak ude, dia x percaya, sebab dia tak nampak ! waaaaaaaaarrrrrrhhh.. perhh.. huhh~~ hanya sedih n pasrah.. hihi, tapi xper, bende tu buatkan FC lebih pandai bermain Sepak Takraw ni.. huhu..




OKE ! mase darjah 5, satu pemilihan Sepak Takraw di sekolah Rendah kat Taman Molek, FC telah hadirkan diri n cuba bakat.. heeee, kesimpulannya, jeng2x.. 
TAK DAPAT ! heeeee, malu nyer... lepas je pemilihan tu, keesokan pagi nya, ada budak Takraw panggil FC, kata nya, Cikgu Takraw panggill wahhhh.. mmg gempak la.. heee, jumpa2x ja, dia kata, esok bawak baju n kasut takraw. ada latihan.. warhhhhh.. best nyerrr.. hehehhe.. mmg terbaik la kan..

oke, cerita mase perlawanan, kami kalah n kalah teruz.. heeee, TAPI !! lepas keesokan pagi nya, ada kawan ckp, FC terpilih utk menyertai  pada peringkat Pasir Gudang.. heee, Tapi lagi! FC tak pergi sebab FC sorang je yg terpilih.. lau 2 ke 3 org terpilih xpa

OKe, mase Form 1 lak.. Fc tak terpilih dlm Wakil sekolah Sepak takraw, ntah la kenapa, mungkin, dax2x Form3 sume kuat2x kot, ke ????dia pilih kasih.. hahahaha..  hmmm


kite langkah terus ke Form 4 n 5 sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi.
.. mase ni mmg terbaik la !! heeee, dimana FC telah Terpilih mewakili Sekolah tu..Ini lah Jurulatih dan Pengurus Kami
 memang sebelum ni nama SMVKT suda masyur di arena Sepak takraw ni, bahwa, FC yakin, Kami boleh bagi saingan yg lebih hebat ! heeeee, Fc diberi tugas sebagai Captain pasukan SMVKTJ.. memang sungguh terharu n berat tanggungjawab nya.. heee


mase Majlis Kejohanan Sekolah Sekolah DaerahKota Tinggi (MSSD) kite orang dapat tempat ke-2 dimana kami kalah pada Sekolah Air Tawar..
mcm mana tak kalah, Mereka ada pemain2x hebat yang mewakili Negeri Johor.. huh !! mmg kami main sekadar yg boleh lah sebab da tawu keputusan nyer. huk3x


Nak bercerita pulak di Politeknik Muadzam Shah.. heeeee, Kejohanan Sepak Takraw antara Politeknik berlangsung di POLITEKNIK Syed Sirajuddin( Perlis) nie mase nak gerak


nie gambau sebelum bergerak ke Perlis ,,
PERLIS ??? wahhh.. mmg jauh la kan.. huhuuhu. Mase pemilihan Sepak Takraw tu, FC tak datang, Pemilihan ke 2 bawu FC dtg..heee, egatkan dah tak sempat dah utk wakil poli >_< selamat sempat,, heeeee.  ha ! ni la gamba Kami 



Semasa kami perjalanan kami ke Perlis, Mcam2x tempat kitaowg Singah, biasalah kan, Pahang perh,, jauhh.. hmmm,...singgah2x di Padang Besaq.. hahhaa
heeee,Oke2x.. gamba mase perlawanan fulak yerr.. hmm..




huhh~~ asyik gambau jer ka.. huhu, sebenanyer. FC da penad la nk cerita, lau cerita, memang tak kan habiz lah.. hahhaha.. oke ! apa keputusan dia ?? heeeee. Kami kalah di peringkat Suku Akhir(8 Terbaik).. hmmm Sedeyh sangat.. Tapi, kitaowg kalah ngn Pasukan yg dpt JUARA(TUAN RUMAH) tau.. heeee, tu pung kalah sikit je.. hahhaa, nak wat cam ner kan.. heee.. Sampai disini saja lah coretan untuk Lagenda Sepak Takraw FC.. muehehehe.. oke2x. Chill k, . bye ! ^_^

Tuesday, 9 April 2013

Doa Perlindungan Diri, Keluarga, Hartabenda(laptop)

Saban hari, Kamsis politeknik Kita sering dihantui oleh "kehilangan2x Laptop","Printer","duit dan sebagainya., Oleh itu,sy nak sebar2x kan ilmu yang patut dan wajar kita amalkan stiap hari, Insya4JJ1 ia akan memberi inspirasi kepada anda dan diri sendiri..moh la kita merenungi peristiwa2x yang dilalui sahabat Nabi S.A.W iaitu Abu Darda r.a..

                                                                   (klik untuk lebih besar)
Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah/bilik.



Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.



#Mencegah lebih baik dari Merawat ^_^
smoga saya dan Anda semua dapat mengamalkan nyer.. insya4JJ1

Monday, 1 April 2013

BERHUTANG??? ROH NYE AKAN TERGANTUNG DI ANTARE LANGIT DAN BUMI??





Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Saturday, 30 March 2013

Hari pertama besama Dia BB

30 March 2013.Malam tu, Fahmi ajak aku pergi ke Melaka, katanya nak bawak aku gi jejalan sana. malam tu kami smua bersiap untuk grak...naik apa ?? ha, kiteowang naik Motor tapi motor tu ada sit depan.. aku la yang duduk depan tu..pada malam yang penuh menyeramkan dan angin bertiup sepoi, malam tu mmg syok ar..
Tak lama kemudian, kiteowang sampai Ke bandar Melaka.. Fahmi bawak ar ke tempat2x yg menarik.. mmg syokk.. tak lame kemudian,  Kiteowg bersiap untuk pulang sebab nak balik hari je kan..
dalam perjalanan nk sampai ke Politeknik, kami singgah di satu lorong berhampiran dimana disitu ada menjual Cendol. tekak kami pun mula rasa mendidih kehausan ni melihat cendol. heee, sekali, pak cik tu kata, RM3(2 Cendol). aku pun selop kocek nak amek duit, sekali, takder.. warrhhh. dalam aku sedang mencari beg duit tu, skali zrrrrpppppppp ! jatuh katil
 aku tadi hanya lah Mimpi !..
31 March 2013..hahahah !!
kan.. best tak cerita mimpi aku.. sedar2x jer dah pukul 5.45am.. ape lagi, lepas xdapat cendol. bangun tido aku terus masak air buat air milo je.. haha.. haaa !!!

Hari ni, 31 March, hari pertama aku menggunakan Broadband Celcom.. tu yang bangun2x tido je terus terjah Blogger ni. heeee',.. heeee.
ha !! kan, cute x warne biru tu. keh3x

hehehe..siang tadi(semalam) beli ngn dax Fahmi kat Bandar Muadzam.. hmmm, boleh la Celcom ni bulan2x bayau RM60 utk 5Gigabyte. hehehe,, haha, ape2x enjoi k dengan cerita mimpi aku tadi.. hahaha !! luaskan kuasa mu johor.. ehh, mana dtg la Johor nee.. hehehe.. k la, nk minum milo yang aku wt tadi, dah sejuk da tu kod.. selamat Pagi yer semua(walaupun pembaca baca malam).. hehehe.
salam Sejahtera and Assalamualaikum <3 p="">

Monday, 25 March 2013

Best Friend PMS

hmm, assalamualaikum.. dekat 3 bulan duk Politeknik Muadzam Shah.. Kini sudah ku kenal siapa kawan dan siapa lawan.. heeee.. bukan ape.. kalau kita pergi mana2x tempat pun,, kita kena pilih kawan tapi, still kawan jugak dengan kawan2x laen.. stiap orang ada kelebihan dan kekurangan right ! so, dalam kelas aku la DIP1S1, semua aku dah sedikit sebanyak kawan2x aku ni..



yang pertama ni HASBULLAH BIN MD SOM.. dia nie Baik orang nyer.solat maghrib and isyak mesti kat PUSAT ISLAM.. kat class owg paggil dia PSY,heee, kalau kat class aku panggil dia 3 kali, dia x nyaut xper.. Tapi kalau dia panggil aku skali, aq x dengar, mula la nk taching.. PErhhh Sabar ni Hanya Tuhan saja yang tahu.. kat class dia ni rapat dengan makwe dia Nadzirah.. kalau gi banda ker, gi class ke, mula la aku kene tinggal sorang2x.. lepas tu, jumpa aku Dia Yang Taching.padahal dia yg tinggal kan aku... Perhhhh.. Sabar jer la.. haha !! :P



yang kedua ni MAT ARIF BIN MAT AROF.. dia ni Owang panggil Ayep jew.. kat class maket giler.. Tuii. hak3x.. haa ! dia ni baik orang nya, dia boleh Friendly ngn semua orang kat class. haa !! ingat x tadi citer pasal HASBULLAH xdi,, yang dia jalan ngn NADZIRAH aku kene tinggal.. so, Ayep ni la jd kawan aku.. sebenar nyer.. Kami bertige mmg rapat pun.. kalau pagi2x tu, nk gerak class, kiteowg grak sama2x. hee
Kadang2x,bila ada kuliah Maghrib, time uh, kalau dia nk grak PUSAT ISLAM dia mcj aku. lau aku kata dah kat Pusat Islam, mesti dia taching kate nyer x mengajak.. hahaha hammpehh..


hah !! yang tinngi sikit tu, nama dia Amin, dia ni kat Class senyap jer.. yang kat sebelah dia pulak, nama dia Fahmi.. Dua2x dax yang at dalam gamba ni mmg pandai mengedit2x video.. almaklumlah,, dalam Latihan Softskill, kiteowg kene buat Video.. mmg video2x daripd mereka ni la jadi tumpuan. huk3x..





Sunday, 10 February 2013

Enset Terbasuh sekali !!

Rumah JB,Hari ini. 11-FEB-2013.. Malam tu, FC keliru memilih baju n seluar yg hendak dibasuh.. Almaklumlah, mase ni, FC baru balik dari POLITEKNIK Muadzam Shah.. Cuti 4 Hari.. hmm,, Setelah habis memilih, FC longgokkan baju2x tersebut pd Satu tmpat.. Malam tu jugak, Hujan Lebat kat Sini.. Hujan2x basuh baju kan..  ape la.. xpa2x. FC masukkan je baju2x tersebut kat dalam mechine Basuh,, letak Air paras2x baju, n letak sabun bnyak2x.. Malam tu(mlm raya Cina), FC tercari2x gak Nset.. biasa, nk tidur, Nset mesty kat sebelah.. mybe, da pnad sangat, tertidur pulak.. heeeee..


Esok paginya, Pukul 8 kak sarah nk ajak temankan dia gi KLINIK cek baby ni.. hurmm, dalam pukul 10, lepas Sarap semua, FC nk Spin kan baju2x mlm xdi, dalam Tengah2x nak bilas baju ni, tangan FC da Celup --> baju -->celup --> baju --> celup --> skali rasa mcm Nset FC ni.. warhhhhhhh...

Memang Terbaek la !! Jahanam Nset FC.. Hanya tinggal Sim Card dan Memory Card je.. tu pun, FC x cek lagi.. warhhhhhh !!! #sapa2x nk CONTECT fc, hnya di FB je jew yew..   :'(
tengok la pix2x ni.. hurmmm.. Sekian..





Saturday, 9 February 2013

Amalan Harian Rasulullah S.A.W & Kelebihan Berselawat


Amalan Harian Rasulullah S.A.W & Kelebihan Berselawat
Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak. Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk mencari kelemahan dan kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir zaman,walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad saw lantaran adanya internet sebgai perantaraan.
Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad saw. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.
§  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
§  Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
§  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
§  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
§  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
§  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
§  Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
§  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
§  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
§  Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
§  Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
§  Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
§  Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
§  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
§  Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
§  Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
§  Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
§  Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
§  Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§  Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
§  Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
§  Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
§  Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
§  Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
§  Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
§  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
§  Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
§  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
§  Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
§  Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
§  Silangkan kaki jika tidur di masjid.
§  Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
§  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
§  Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
§  Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
§  Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§  Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
§  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
§  Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
§  Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
§  Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
§  Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
§  Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
§  Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
§  Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
§  Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
§  Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
§  Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
§  Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
§  Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
§  Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
§  Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.