Monday, 12 January 2015

Kuliah Ustaz Nazmi 12/1/15

Ibrah Surah An-nur
->ktakan pd perempuan muslimat,hendaklah menyekat pandangan mereka, memelihara kehormatan mereka, dan jgn mereka mmperlihatkan kpd org lain kcuali pd zhir, Oleh itu,bertaubat kpd Allah.

->Pelbagai Majlis yang Haram dihadiri:
  ->Tiada Nahi mungkar
  ->Sapport Maksiat
  ->Lalai dari Agama
  ->Tiada pemikiran soal Akhirat
  ->Tidak tunduk Pandangan

Tampil cara hidup Islam dan syariat Islam
Mestilah kita menjaga Tingkah laku kita ,kerana Dakwah yg paling berkesan ialah dgn Akhlak seperti apa yg diajarkan Oleh NABI SAW.

BUKU IDAMAN PENUNTUT(FIQH)
->Pendahuluan
Sheikh Abdul Ghani, Didalam syariat kewajipan perang, maka ada juga syariat Menuntut ilmu. Diberinama kerana, Ramai yg tuntut.Rujukan dari, 3 kitab.

Tajuk yg pertama:
->Bersuci dan Hukumnya
membersihkan diri dapd kekotoran
Hada kecil dan Besar
#jika ada hadas,maka Menghalang drpd melakukan ibadah
#Bersuci-menghilangkan bau ,warna dan rasa drpd kekotoran.
#Air adalah keperluan utk bersuci

Air Mutlak
1)Air Hujan
2)Embun
3)laut
4)Sungai
5)Perigi
6)Air Mata Air
7)dan lain2

Air terbhgi kpd 4 , 2 boleh bersuci
1)Air Mutlak
2)

Suci tetapi Makruh digunakan
1)Air yg dijemur bwh matahri(bekas tin)
2)Makruh digunakan
3)Air Mustakmal

Tuesday, 6 January 2015

Kuliah Ustaz Bad

Bersyukur pd Allah ,yg telah bnyk beri segala nikmat kpd Manusia,Nikmat Angin,Nikmat duduk,nikmat makan dan segala nikmat lagi.. Yaa Allah, Bersyukur sgt pd Allah.. Kerana Manusia adalah sebaik baik manusia, Apabila smpai didunia, sudah tentulah sudah diberi tanggungjawab dan tugas yg perlu di selesaikan oleh manusia.

Tajuk"Pembicaraan Bab Tilawah AlQuran"

Allah swt cipta manusia sbgi hmba, diberi oleh kita ialah Aqidah Islamiah, Perlu laksanakan Syariat Allah dan akhirnya drpd iman itu, drpd pelaksanaan itu ialah adab2 Akhlak yg mulia. Semua perkara beradab dlm Islam, sungguh cermat islam ni yaa Allah. Lebih2 lagi yg berkaitan dgn Allah, Lagi beradap dgn Allah."Apabila hbgn dgn manusia sudah terjlin,hubungan dgn Allah lagi hebat"
Kalau boleh,apabila kita nk beradap dgn Allah, pakailah pakaian yg paling bersih.

Bab Membaca Kalamullah, Kerana Al Quran ialah,kalamullah,kata2 Allah SWT. mengambil masa 23 thun semasa penurunan Al Quran.10 di madinah,13 di mekah. Melalui antara malaikat jibril.
Kita mestilah beradap kerna Ia milik Allah SWT.

Berkata shbat "ketahuilah ssgghnya b al quran ada adab zahir dan batin,dan x menjadi sorg hmba yg bnar2 beriman, dimana mereka ini,mnjaga pmbacaan, dan sehingga dia dijdikn tempat"
Ia baca ia sedar bhawa Quran yg dibaca dtg dr Allah, baru lah sempurna. Siapa yg x menjaga adab pembacaan quran.
hendaklah bc Al quran dgn rasa kesungguhan..

Hati kita apabila baca Al Quran, hendakah dibawa hati sekali bila bc Al Quran..Apabila kita solat, bila kita nk solat dan bc Quran, kena yakinn Allah..

Ihsan Ialah beribadat kpd Allah, mengganggap engkau beribadat,yakin Allah swt sdg melihat kita.dab rasa Kita nmpak Allah swt.

Quran->Bermula Al Fatihah dan diakhiri aurah annas,tghnya surah Al Kahfi,114 surah, setiap surah dmulai bismillah

"Jika Allah trun al quran di atas bukit, nescaya,bukit itu akn tunduk pd Al Quran,krn Takut pd Allah"

Pembaca Al quran mestilah
1)Ikhlas kerana Allah SWT( tetapi, syarat utama ibadat diterima ialah ikhlas krn allah Swt)kne buat selalu,
2)Jgn baca kerana Buat2
3)Kena kenal/tahu AlQuran itu apa.

Jika kita jaga adab2 bc Al quran,maka Sempurna lah ia..

Sunday, 21 December 2014

Try Post Guna Blog App

Assalamualaikum,bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi nafas serta nikmat yg bnyak didunia ini.Hari ni Sy hnya mencuba utk update Blogger sy menggunakn Blogger App ,hanya dgn menggunakan SmartPhone sahaja,kita sudah boleh mengupdate pd bila2 masa dan dimana jua kita berada. Applikali ini yang ringan lagi mudah, bagi sesiapa yang belum install di smartphone masing2,maka install la. hanya buka GooglePlay>Blogger kemudian install. ahaha, ok la,sampai disini sahaja, share2 la ilmu ini kpd blogger yg lain yg slama ini susah2 je nk onn lappy bila nk update.. hik3.. waalaikummusalam ^_^'

Friday, 25 July 2014

Hadiah dari Abg Amin

Asalamualaikum, semalam, Temankan abg Amin pi hantaq Roomate iaitu EEkram kat Stesen bus Kuantan naik krete dia. nak hantar dia sbb dr muadzam ke kuantan bus nyer habis.. Sampai2x ja trus cari tempat nk berbuka.
dgn abg amin
Abg Amin dgn Eekram

ni time da smpai stesen bus, hehe, main snap2x pic lg ustaz ni.. hehe, yang Eekram terkejut gambar nya di muat naik ke Instagram oleh abg amin.. hak2x
haa.. Terkejut yer bang
Malam tu lepas sudah selesai iftar semua, kami hantaq Eekram ke bus, sbelum tu pi solat, jam kat surau tu bole pulak lewat 5 minit, tambah lg eekram pi toilet, yang kita ni risau ja psal dia, tkut bus grak. hahaha, alhamdulillah, dia sempat menaiki bus tersebut , yang dikatakan jauh, dr jam 8pm smpai 7am duduk dlm bus tu, hahaha..  
               
          Malam tu, lepas pi stesen bus, kami grak ke Masjid Negeri pulak kat Kuantan tu dgn abg Amin, 
Kena pulak mlm tu sama dgn malam jumaat pd bulan Ramadhan, tambah lg dgn malam 27 Ramadhan. Tambah lg diimamkan oleh pemuda Arab/Mesir yang suara nya mendayu menunaikan solat Tarawih, Hanya tuhan saja yang tahu betapa sayu nya hati ini mengigatkan dosa2x yg pernah dilakukan selama hidup 20 tahun ni.. Astaghfirullah.. Lepas ja Solat Tarawih, abg amin ajak ke Gerai sekitar Masjid tu yg menjual bermcm2x brg, sperti baju raya, kasut dan lain2x. Jadinya, masa 17 July lepas semperna hari lahir sy, Cikgu Amin da janji nk beri hadiah kat sy, pusing2x dan alhamdulillah..
Alhamdulillah, Allah beri Rezki baju Raya tahun ni dgn Kurta, tak sabar nk raya dgn Kurta ni.. hehehehehe
Ok la, selamat Hari Hari Terakhir Ramadhan, semoga kita sampai ke Ramadhan seterusnya. amin

Friday, 11 October 2013

yaa ! Aku Percaya pada 'Surah Al-Fatihah'

FADILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahanDi antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

.
1.     Memperolehi Hikmah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akanmemperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
.
.
2.     Hajat Tertunai
a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari (tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.
.
b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang solehberkat surah Al-Fatihah.
.
.
3.     Keperluan Dipenuhi
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaandan sebagainya.
.
b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doaberikut:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
.
.
4.     Mudahkan Rezeki
a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”
.
b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kalidansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.
.
.
5.     Keselamatan
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidurSurah ’Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka,selain daripada ajal.

.
.
.


PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
.
1.  Mengubati Segala Penyakit
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukanmerata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
.
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
.
.
2.  Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa(lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
.
.
3.  Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.
.
.
4.  Mengubati Sakit Gigi
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
.
.
5.  Penyembuh Penyakit Mata
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
.
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke matadengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.
.

Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’

“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)
“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.




Monday, 5 August 2013

Perubahan Musim

Assalamualaikum

Perubahan Musim ?? Tawu kah anda, apa makna di sebalik dan tersirat tu ? haha.. perubahan musim ni kalau nak dijadikan cerita kan, memang tak habis.. heee 
         Bukan apa, Mase Fc Form 4&5 dulu, Sekolah kat Asrama Vokey Kota TInggi,
 then,Bilangan lelaki  kat sekolah tu sangat tinggi tetapi, bilangan Perempuan sangat Kritikal.. haha, kat class pun ada 5 owg perempuan, yang lain major LElaki. hehe, selama 2 tahun kot Fc rasa mcm da biasa Belajar tanpa Perempuan kan,, kalau jalan mana2x, nak ke Surau ke, Library ke mane ke, relex je, tak yah nk cover2x macho ni.. haha ! 
sekarang, 2013, Fc Belajar di sebuah Politeknik iaitu Politeknik Muadzam Shah


, dimana, kat situ, majoriti semua budak JOHOR.. hahaha... yang nak diceritakan, bukan Majoriti budak Johor, tapi, Bilangan LElaki dan Perempuan adalah Sama, tapi, dengar2x Bilangan Perempuan lagi banyak... hah ! Nak dijadikan CErita, Perubahan Musim telah berlaku pd Fc dimana, kat class pun, pompuan lgi banyak dari Lelaki.. haaa ! ape lagi, Kelam Kabut emosi dan Jasmani ni.. hahah Aceeee.. sebenanya tak mengganggu sangat pun.
Nak jalan kemana2x pun, nak ke banda Muadzam ke, PI ke, nk ke Canteen ke,, aduiii, ade je Pompuan ni, 
tu yang kemana2x, ajak membe teman.. haha, kalau da tpakse jalan sowg2x nk wt cam ne kan.. huhu..
Tapi FC skunk da Sem 2, da biasa Jugak la dengan kehidupan di Politeknik ni.. heee.. tu la Fc nak cerita kan, Perubahan Musim yang dasyat telah berlaku.. hahhahha.. tapi tak pa, Allah dimana2x Sahaja kan, so, jadikan macam dulu, Niat BElajar kena Pasang then, Banyak2x kan Doa2x dan pertingkat kan Usaha, then JANGAN Jadikan Perubahan Musim ni sebagai Penghalang Fc untuk Menempuhi kehidupan Pembelajaran. heeee ^_^ chill la kan Pembaca2x.. ok sampai kat sini je la yer ^_^' heeee... Wassalam


Friday, 3 May 2013

Lagenda Seorang Captain Sepak Takraw

Assalamualaikum n selamat pagi, petang dan Malam.. hehe,
dah lamer seyh x update sejak Final Exam Sem 1 nih.. huk3x.. hari ni, nak cerita pasal Zaman2x Kegemilangan FC dlm sukan SEPAK TAKRAW.. heeee
Suda lame jugak FC aktif dalam sukan Sepak Takraw nih, mase pertama skali.. main Takrow kat depan rumah, mase tuh, Ramai abang2x sedara a.k.a Jiran main sekali,, huhh~~ mmg time tuh FC kecik lagi, darjah 4 ke lima ntah..mase tuh, timbang bola Takraw tuh dapat 3kali je.. haha paling tinggi 5 kali..

Teringat kat Arwah Pak ude(Bapak Sedara n jiran).. pada satu mase tuh, FC timbang bola sorang2x kat depan rumah, Pak ude mase tuh ada kat depan rumah gak.. mase ngah timbang2x ni, dia kata,
"alaahhh, kalau dapat timbang(timang) 20kali nanti pak ude bagi(dah lupa la dia nk bg ganjaran la mase tu)" heeee.. lepas tu, mula lah FC start la, timbang punya Timbang, huhh~~ sukar gak nak dpt 20 tuhh,, akhir sekali, mase FC da hujung2x(da dekat nk maghrib) dapat lah 20, FC ckp la ngn pak ude, dia x percaya, sebab dia tak nampak ! waaaaaaaaarrrrrrhhh.. perhh.. huhh~~ hanya sedih n pasrah.. hihi, tapi xper, bende tu buatkan FC lebih pandai bermain Sepak Takraw ni.. huhu..




OKE ! mase darjah 5, satu pemilihan Sepak Takraw di sekolah Rendah kat Taman Molek, FC telah hadirkan diri n cuba bakat.. heeee, kesimpulannya, jeng2x.. 
TAK DAPAT ! heeeee, malu nyer... lepas je pemilihan tu, keesokan pagi nya, ada budak Takraw panggil FC, kata nya, Cikgu Takraw panggill wahhhh.. mmg gempak la.. heee, jumpa2x ja, dia kata, esok bawak baju n kasut takraw. ada latihan.. warhhhhh.. best nyerrr.. hehehhe.. mmg terbaik la kan..

oke, cerita mase perlawanan, kami kalah n kalah teruz.. heeee, TAPI !! lepas keesokan pagi nya, ada kawan ckp, FC terpilih utk menyertai  pada peringkat Pasir Gudang.. heee, Tapi lagi! FC tak pergi sebab FC sorang je yg terpilih.. lau 2 ke 3 org terpilih xpa

OKe, mase Form 1 lak.. Fc tak terpilih dlm Wakil sekolah Sepak takraw, ntah la kenapa, mungkin, dax2x Form3 sume kuat2x kot, ke ????dia pilih kasih.. hahahaha..  hmmm


kite langkah terus ke Form 4 n 5 sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi.
.. mase ni mmg terbaik la !! heeee, dimana FC telah Terpilih mewakili Sekolah tu..Ini lah Jurulatih dan Pengurus Kami
 memang sebelum ni nama SMVKT suda masyur di arena Sepak takraw ni, bahwa, FC yakin, Kami boleh bagi saingan yg lebih hebat ! heeeee, Fc diberi tugas sebagai Captain pasukan SMVKTJ.. memang sungguh terharu n berat tanggungjawab nya.. heee


mase Majlis Kejohanan Sekolah Sekolah DaerahKota Tinggi (MSSD) kite orang dapat tempat ke-2 dimana kami kalah pada Sekolah Air Tawar..
mcm mana tak kalah, Mereka ada pemain2x hebat yang mewakili Negeri Johor.. huh !! mmg kami main sekadar yg boleh lah sebab da tawu keputusan nyer. huk3x


Nak bercerita pulak di Politeknik Muadzam Shah.. heeeee, Kejohanan Sepak Takraw antara Politeknik berlangsung di POLITEKNIK Syed Sirajuddin( Perlis) nie mase nak gerak


nie gambau sebelum bergerak ke Perlis ,,
PERLIS ??? wahhh.. mmg jauh la kan.. huhuuhu. Mase pemilihan Sepak Takraw tu, FC tak datang, Pemilihan ke 2 bawu FC dtg..heee, egatkan dah tak sempat dah utk wakil poli >_< selamat sempat,, heeeee.  ha ! ni la gamba Kami 



Semasa kami perjalanan kami ke Perlis, Mcam2x tempat kitaowg Singah, biasalah kan, Pahang perh,, jauhh.. hmmm,...singgah2x di Padang Besaq.. hahhaa
heeee,Oke2x.. gamba mase perlawanan fulak yerr.. hmm..




huhh~~ asyik gambau jer ka.. huhu, sebenanyer. FC da penad la nk cerita, lau cerita, memang tak kan habiz lah.. hahhaha.. oke ! apa keputusan dia ?? heeeee. Kami kalah di peringkat Suku Akhir(8 Terbaik).. hmmm Sedeyh sangat.. Tapi, kitaowg kalah ngn Pasukan yg dpt JUARA(TUAN RUMAH) tau.. heeee, tu pung kalah sikit je.. hahhaa, nak wat cam ner kan.. heee.. Sampai disini saja lah coretan untuk Lagenda Sepak Takraw FC.. muehehehe.. oke2x. Chill k, . bye ! ^_^

Tuesday, 9 April 2013

Doa Perlindungan Diri, Keluarga, Hartabenda(laptop)

Saban hari, Kamsis politeknik Kita sering dihantui oleh "kehilangan2x Laptop","Printer","duit dan sebagainya., Oleh itu,sy nak sebar2x kan ilmu yang patut dan wajar kita amalkan stiap hari, Insya4JJ1 ia akan memberi inspirasi kepada anda dan diri sendiri..moh la kita merenungi peristiwa2x yang dilalui sahabat Nabi S.A.W iaitu Abu Darda r.a..

                                                                   (klik untuk lebih besar)
Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah/bilik.



Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.



#Mencegah lebih baik dari Merawat ^_^
smoga saya dan Anda semua dapat mengamalkan nyer.. insya4JJ1

Monday, 1 April 2013

BERHUTANG??? ROH NYE AKAN TERGANTUNG DI ANTARE LANGIT DAN BUMI??





Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."